Thursday, December 23, 2010

LAWATAN INDUSTRI

Bagi para pelajar yang mengambil bidang berkaitan kejuruteraan pembuatan, kejuruteraan automotif, kejuruteraan elektrik dan elektronik, kejuruteraan bio-teknologi dan sebagainya boleh mengambil peluang untuk membuat lawatan industri ke kilang-kilang seperti Modenas, Kia, Nafas, Petronas Fertilizer, First Solar dan lain-lain untuk melihat sendiri gerak kerja yang perlu dilakukan.

Lokasi homestay kami yang berada dalam kawasan perindustrian sesuai menjadi pilihan anda sekiranya anda bercadang untuk berkunjung ke sini.

Di bawah ini dipaparkan beberapa buah kilang yang beroperasi  di Kedah.










Wednesday, December 22, 2010

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI KEDAH

Pemandangan dari puncak Gunung Jerai
Peranginan Gunung Jerai

Puncak Gunung Jerai

Hutan Lipur Tupah

Lembah Bujang

Batu Hampar

Batu Hampar

Lata Bayu

Hutan Lipur Sg. Sedim


Tree Top Walk, Kulim

Langkawi

The Carnival, SP

The Carnival, SP

Masjid Zahir

Menara Alor Star

Muzium Padi

Pemandangan di kaki Gunung Jerai

Ulu Legong, Baling

Ulu Legong, Baling

Ulu Legong

Peta tempat-tempat menarik di Kedah






Pelbagai tempat menarik di Kedah boleh dikunjungi oleh pengunjung. Pengunjung tidak memerlukan tempoh masa perjalanan yang lama apabila menginap di 'homestay' kami. Hal ini kerana lokasi rumah ini begitu strategik. Tempat-tempat yang boleh dikunjungi di Kedah adalah seperti dalam gambar yang dipaparkan di atas.

Thursday, December 2, 2010

De 34 HOMESTAY (corner lot)


Sebuah rumah persinggahan sementara disediakan bagi kemudahan anda yang mempunyai urusan disekitar Gurun, Bedong,Sungai Petani dan seluruh negeri Kedah.

Homestay ini terbuka untuk semua orang Islam. Ia mempunyai 3 bilik tidur dan 3 bilik air. Kelengkapan perabot, televisyen, seterika, alatan memasak, peti sejuk dan mesin basuh disediakan. Bilik utama dilengkapi bilik air, almari dan 1 double bed. Bilik kedua mempunyai 1 katil double bed dan almari. Bilik ketiga mempunyai 2 single bed dan almari. Sekiranya pengunjung membawa bilangan ahli keluarga yang ramai dan katil tidak mencukupi, tempat tidur dan bantal tambahan turut disediakan. Kelengkapan solat disediakan tetapi bagi wanita, sila bawa telekung sendiri untuk keselesaan anda. Walaupun rumah ini tidak dilengkapi penghawa dingin, tetapi pengudaraan yang baik di rumah ini menjamin keselesaan pengunjung. Hal ini kerana, rumah ini merupakan rumah lot tepi, setiap bilik mempunyai kipas syiling dan tingkap. Halaman rumah yang luas dan lapang boleh digunakan untuk beriadah atau membuat BBQ.

Lokasi rumah ini begitu strategik kerana berada dalam kawasan perindustrian serta berdekatan dengan UiTM Merbok, MRSM Merbok dan Pendang, AIMST, Kolej Komuniti, OUM, Hospital Sultan Abd Halim, Hospital Pantai dan sebagainya. Ia juga berdekatan dengan tempat membeli-belah seperti Tesco, Village Mall, Alamoda, Pasaraya Jerai Plaza (Aneka) dan 7-Eleven. Restoran francais seperti KFC, RFC dan nasi kandar juga berdekatan dengan lokasi rumah ini. Bank-bank yang terdapat di kawasan ini ialah CIMB Bank, EON Bank, Bank Rakyat, Maybank dan ATM Bank Islam. Selain itu, lokasinya juga berdekatan dengan kawasan peranginan Gunung Jerai dan Titi Hayun.

Tempoh perjalanan dari lokasi rumah ini:
7 ELEVEN - 5 MINIT
Hospital Sultan Abdul Halim - 15 minit
Ke bandar Sungai Petani - 20 minit
Ke Petronas Fertilizer - 10 minit
Ke NPK (Nafas)- 10 minit
UiTM & MRSM Merbok - 15 minit
Pekan Bedong & Gurun - 5 minit
Bandar Alor Setar - 40 minit (H/way)
Pusat peranginan Gunung Jerai- 10 minit
Guar Chempedak - 15 minit.



Kadar harga yang diletakkan adalah berpatutan iaitu RM120 sehari. Harga bagi tempoh sewaan jangka panjang bagi kontraktor-kontraktor Petronas, Naza dan lain-lain boleh dirunding.

klik di sini untuk selanjutnya :- HOMESTAY


bilik tengah


bilik belakang


dapur

KESELESAAN ANDA KEUTAMAAN KAMI